Ikuti Kami:

Kim Seonho Nafi Khabar Angin Bakal Undur Diri Daripada ‘2 Days 1 Night’ Selepas Kecapi Populariti

Kim Seonho Nafi Khabar Angin Bakal Undur Diri Daripada ‘2 Days 1 Night’ Selepas Kecapi Populariti

Sebelum mengecapi populariti daripada drama “Start-Up”, Kim Seon-ho telah pun menyertai program popular iaitu “2 Days 1 Night” pada awal tahun ini.

Siapa yang biasa menonton rancangan tersebut pastinya tahu bahawa pelakon itu sering diusik oleh ahli-ahli yang lain. Malah baru-baru ini, dia tidak terlepas daripada ‘dibahan’ kerana popularitinya yang kian meningkat.

Perbualan tersebut dimulakan oleh Kim Jong-min,

Seon-ho bukan calang-calang sekarang ini, banyak betul yang menyebutnya di laman atas talian.

Kata Ravi,

2 minggu lepas, Kim Seon-ho telah pun melepasi ‘Ravi yang hebat’ dalam jumlah pengikut di Instagram.

kim seonho 2d1n

Kalau anda nak tahu, sebelum “Start-Up” bermula, Kim Seon-ho hanya mempunyai pengikut seramai 600 ribu orang namun ianya bertambah sehingga 2.6 juta kini. Bahkan ianya berlaku dalam masa sebulan sahaja!

Tambah Kim Jong-min lagi,

Kim Seon-ho sedang menggila kini.

Pun begitu, Kim Seon-ho hanya merendah diri ketika membalas usikan mereka,

Ia adalah kerana dua teraju utama (Suzy dan Nam Joo-hyuk) yang merupakan bintang Hallyu. Sokongan daripada mereka banyak membantu saya.

Bahkan mereka turut menyebut mengenai kisah beberapa episod lepas yang menunjukkan pelakon itu menangis selepas menjalani ujian psikologi. Usik ahli lain, adakah Kim Seon-ho merancang reaksi yang sedih dan kasihan tersebut kerana dia tahu bahawa dia akan popular selepas membintangi “Start-Up”.

kim seonho 2d1n

Apabila lelaki itu terus ‘dibahan’, dia mencelah,

Bagi peluang saya bercakap.

Bertambah dia diusik, mereka mengatakan bahawa dia tidak pernah langsung marah sebelum ini.

Mengabaikan ahli lain, Kim Seon-ho memberikan ucapan kepada penonton,

Terima kasih kepada semua yang meluahkan rasa risau dan memujuk saya selepas insiden ‘tangisan’ itu. Saya membaca semua komen yang ditulis oleh anda.

Saya menangis lagi apabila membaca komen-komen tersebut. Dan sebelum itu, terdapat banyak yang meminta saya jangan meninggalkan rancangan ini.

Sambung Ravi,

Mungkin mereka berasa risau awak letih kerana terpaksa menjalani penggambaran drama dan program hiburan dalam masa yang sama.

Apabila menyebut mengenai hal tersebut, Kim Seon-ho bertegas,

Saya akan kekal paling lama di antara semua di sini. Saya akan berpegang sehingga ke penghujung dan tak melepaskannya.

kim seonho 2d1n

Mendengarkan jawapan jujurnya itu, pengarah produksi menunjukkan ‘thumbs-up’ dan gembira dengan pengakuannya itu.

Jadi peminat “2D1N” tak perlu risau kerana Kim Seon-ho akan terus bersama rancangan itu sampai bila-bila!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...