Ikuti Kami:

Kim Seonho Derma RM366K Buat Kanak-Kanak Penghidap Leukemia

Kim Seonho Derma RM366K Buat Kanak-Kanak Penghidap Leukemia

Bukannya sahaja memiliki wajah yang menawan tetap pelakon Kim Seon-ho juga mempunyai hati yang baik!

Terbaru, pelakon lelaki popular itu dikhabarkan telah menderma sebanyak 100 milion won (RM366K) bagi membantu kanak-kanak yang menderita penyakit leukemia.

Khabarnya Kim Seon-ho sangat berminat untuk membantu anak muda di Korea yang terbeban dek kerana penyakit.

kim seonho

Bahkan berita itu disahkan sendiri oleh agensi naungannya, SALT Entertainment.

Baru-baru ini, Kim Seon-ho telah menderma 100 milion won kepada Pertubuhan Leukemia Kanak-Kanak Korea.

Dia menyumbangkan wang berkenaan bagi membantu kanak-kanak dan keluarga yang mengalami keadaan yang sukar. Selain membalas semula kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan harapan ia dapat membantu walaupun sedikit sahaja.

Ia adalah sumbangan bagi pihak peminatnya yang sentiasa bermurah dengan kasih sayang kepada Kim Seon-ho. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang berterusan menyokongnya.

Semoga ianya dapat menceriakan hari-hari kanak-kanak tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...