Ikuti Kami:

Kim Seonho Dedah Sebab Muncul Sebagai Pelakon Di TV Selepas Usia 30 Tahun

Kim Seonho Dedah Sebab Muncul Sebagai Pelakon Di TV Selepas Usia 30 Tahun

Meskipun kini kian popular kerana bakat lakonan yang memukau, ramai yang tertanya-tanya mengapa baru sekarang Kim Seon-ho mahu melibatkan diri dalam dunia lakonan dan mengenalkan dirinya kepada orang awam selepas memulakan karier sebagai pelakon muzikal pada tahun 2009.

Dalam satu temu ramah, pelakon lelaki itu mendedahkan sebab utamanya,

Sebenarnya, saya membuat duit yang cukup sebagai pelakon muzikal dan saya sedang mempunya tapak sendiri. Namun, pelakon muzikal jarang mendapat perhatian daripada orang ramai. Sebab itulah saya membuat keputusan untuk muncul di kaca televisyen untuk melegakan perasaan ibu bapa saya.

kim seonho

Tambah Kim Seon-ho,

Saya melalui uji bakat untuk ‘Good Manager’ dan berjaya melepasinya. Kemudian, saya berehat daripada muzikal buat sementara waktu. Suatu hari, saya terlihat ibu bapa saya menonton saya di TV dan mereka tersenyum. Mereka bertanya sama ada saya berpuas hati dengannya. Saya menjawab ‘Tak pastilah, mungkin cukup sahaja.’

Rupanya Kim Seon-ho memilih untuk muncul di kaca televisyen pada usia 31 tahun untuk meredakan kerisauan ibu bapanya. Malah, sebenarnya ia adalah keputusan yan bijak kerana lelaki itu kini mempunyai peminat yang ramai. Kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...