Ikuti Kami:

Kim Saeron Undur Diri Daripada ‘Dear.M’ Dek Tak Puas Hati Susunan Nama Park Hyesoo Dulu Sebelumnya?

Kim Saeron Undur Diri Daripada ‘Dear.M’ Dek Tak Puas Hati Susunan Nama Park Hyesoo Dulu Sebelumnya?

Pasti ramai yang tertanya-tanya sebab utama Kim Sae-ron membuat keputusan mengundur diri daripada drama “Dear.M” walaupun drama itu diadaptasi daripada drama web popular “Love Playlist” yang diterajuinya sebelum ini.

Meskipun hanya mengatakan bahawa terdapat perbezaan pendapat dengan pihak produksi sehingga membuatkan Kim Sae-ron terpaksa mengundurkan diri namun ada khabar angin lain yang bertiup menyebut mengenai alasan sebenar disebalik tindakannya itu.

Katanya, pengunduran diri itu berlaku kerana susunan nama barisan pelakon yang didedahkan kepada umum sebelum ini. Pada 3 September lepas, KBS telah mengumumkan nama pelakon mengikut turutan Park Hye-soo, Jae-hyun NCT, Kim Sae-ron dan Bae Hyun-sung. Di mana pelakon yang baru memasuki drama adaptasi “Love Playlist” iaitu Jae-hyun dan Park Hye-soo disebut dahulu berbanding Kim Sae-ron.

kbs dear.m

Dari kiri: Park Hye-soo, Jae-hyun NCT, Kim Sae-ron, Bae Hyun-sung

Menurut sumber dalam industri, pelakon tersebut meluahkan bantahan dek namanya disebut selepas nama Park Hye-soo. Malah pihak produksi drama tersebut turut mengalami masa yang sukar untuk menyelesaikan masalah itu dengan baiknya.

Kalau anda nak tahu, isu ‘susunan nama’ ini adalah sesuatu yang sangat sensitif di dalam industri kerana ia melambangkan pengaruh setiap pelakon dalam sesebuah drama itu. Secara umumnya, nama disusun mengikut kepentingan watak namun kadang-kadang, tahun memulakan karier juga dijadikan sebagai kaya ukur.

Park Hye-soo yang lahir pada tahun 1994 adalah 6 tahun lebih tua berbanding Kim Sae-ron namun kalau diikutkan tarikh permulaan karier seni, Kim Sae-ron adalah ‘senior’ kepada Park Hye-soo. Di mana Kim Sae-ron pertama kali berlakon pada tahun 2009 menerusi filem “Traveler” manakala Park Hye-soo berlakon dalam “Yong Pal” pada tahun 2015.

kim saeron

Agensi naungan Kim Sae-ron iaitu Gold Medalist turut mengeluarkan kenyataan selepas khabar angin ini berterbangan,

Kim Sae-ron mengundurkan diri kerana tidak sependapat semasa perbincangan. Susah untuk sebutkan punca sebenar kerana ia adalah masalah dalam produksi.

Apa pun, ini hanyalah sekadar khabar angin dan tidak dapat dipastikan kesahihannya. Bahkan Kim Sae-ron turut meluahkan sokongan terhadap drama “Dear.M” walaupun tidak jadi menyertainya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...