Ikuti Kami:

Kim Saeron Muat Naik Foto Mesra Bersama Kim Soohyun, Netizen Ungkit Skandal IU & Eunhyuk SUJU

Kim Saeron Muat Naik Foto Mesra Bersama Kim Soohyun, Netizen Ungkit Skandal IU & Eunhyuk SUJU

Masih lagi ramai yang bersembang mengenai swafoto mesra bersama Kim Soo-hyun yang dimuat naik oleh Kim Sae-ron namun dipadam terus dalam masa seminit.

Rata-rata netizen meluahkan rasa jelek dengan situasi itu memandangkan tiada siapa tahu motif sebenar pelakon wanita berkenaan melakukan hal demikian. Apabila melihat balik hubungan mereka, keduanya mempunyai jarak umur sebanyak 13 tahun selain Kim Sae-ron pernah bernaung di bawah agensi Kim Soo-hyun, Gold Medalist dari 2019 ke 2022.

Bagi yang mengetahui, wanita tersebut ‘dipulau’ dari industri akibat kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga merosakkan harta awam. Malah ramai yang lebih marah apabila Kim Sae-ron mengadakan parti alkohol semasa fasa muhasabah dirinya selain berpura-pura kononnya bekerja di kafe sebagai staf separuh masa sebelum ditangkap menipu.

kim soohyun kim saeron

Apa yang menariknya, netizen turut menyebut kembali mengenai insiden sama yang pernah berlaku pada IU dan Eunhyuk Super Junior. Pada 2013, tak semena-mena penyanyi solo itu memuat naik gambar intim bersama idola berkenaan. Lebih mengejutkan apabila IU dilihat hanya memakai baju tidur manakala Eunhyuk pula seperti tak berbaju.

Tiada siapa mengetahui motif disebalik kejadian ini namun ramai yang mengkritik Eunhyuk hingga jarang muncul di program hiburan buat seketika tetapi IU pula terus diam dan mengatakan lelaki itu melawat ketika dia sakit. Pun begitu, agensi kedua-duanya menafikan dakwaan ada hubungan cinta antara mereka.

Hmmm.. banyak kes betul sekarang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...