Ikuti Kami:

Kim Saeron Dituduh Dirasuki Roh, Ini Respon Keluarga Mendiang

Kim Saeron Dituduh Dirasuki Roh, Ini Respon Keluarga Mendiang

Keluarga mendiang Kim Sae Ron telah memberikan respon terhadap dakwaan YouTuber Lee Jin Ho yang mengatakan bahawa mendiang telah “dirasuki roh” untuk kembali berlakon selepas insiden memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pada 14 April, keluarga mendiang menafikan dakwaan tersebut kepada sebuah media.

Berita bahawa dia dirasuki roh adalah palsu. Dia mula berminat dalam bidang tersebut selepas muncul dalam karya yang berkaitan kepercayaan rakyat pada masa lalu. Pawang itu hanyalah kenalan biasa dan tidak lebih dari itu.

Kim Sae Ron sebelum ini pernah membintangi filem “Manshin: Ten Thousand Spirits” dan drama “The Great Shaman Ga Doo-shim”, kedua-duanya berkaitan dengan kepercayaan rakyat, yang menyebabkan minatnya terhadap bidang itu berkembang secara semula jadi.

“신내림 (shinnaerim)” ialah satu bentuk kepercayaan dalam Syamanisme Korea di mana seseorang akan menerima roh untuk menjadi seorang pawang.

kim saeron

Baru-baru ini, Lee Jin-ho mendakwa bahawa Kim Sae-ron telah menerima rasukan roh pada September lalu supaya dia dapat kembali berlakon. Dia turut mendakwa bahawa pemilik Pub Apgujeong menerima rasukan yang memberi pengaruh kepada mendiang.

Namun, pemilik Pub Apgujeong menafikan dakwaan tersebut.

Jika benar Sae-ron dirasuki roh dan saya yang mengaturnya, saya akan tutup kedai serta-merta dan menghilangkan diri secara senyap.

Sementara itu, agensi penyanyi WOODZ juga telah memberikan respon terhadap khabar angin percintaannya dahulu bersama Kim Sae Ron.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...