Ikuti Kami:

Kim Saeron Dikatakan Pernah Bercinta Dengan Penyanyi Solo Popular Ini, Agensi Beri Respon

Kim Saeron Dikatakan Pernah Bercinta Dengan Penyanyi Solo Popular Ini, Agensi Beri Respon

Makin ramai pula selebriti yang turut dikaitkan dengan mendiang Kim Sae-ron.

Baru-baru ini, YouTuber Lee Jin-ho mendakwa bahawa Kim Sae-ron pernah bercinta dengan penyanyi ‘A’ dari awal 2021 hingga Mei 2022.

Tambahan, wanita itu juga dikatakan pernah menghantar trak kopi ke set rakaman muzik video A dan turut menyukai hantarannya di Instagram.

Selepas berpisah pada Mei 2022, Kim Sae-ron melalui waktu yang sukar sehingga dia mengalami kemalangan akibat memandu dalam keadaan mabuk.

kim saeron woodz

Meskipun tidak mendedahkan siapa lelaki ‘A’ itu, ada netizen yang membuat spekulasi bahawa penyanyi tersebut adalah Woodz.

Sebagai respon, agensi Woodz menyatakan,

Kami tidak boleh mengesahkannya kerana ia adalah urusan peribadi artis. Kami meminta pemahaman anda.

Sementara itu, Woodz sedang berkhidmat dalam tentera kini dan akan diberhentikan pada 21 Julai 2025 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   JTBC

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...