Ikuti Kami:

Kim Saeron Didedahkan Pernah Kahwin & Gugur Anak, Netizen Tuduh Pihak Kim Soohyun Cuba Alih Topik?

Kim Saeron Didedahkan Pernah Kahwin & Gugur Anak, Netizen Tuduh Pihak Kim Soohyun Cuba Alih Topik?

Sebuah video yang “mendedahkan” kehidupan peribadi mendiang pelakon Kim Sae-ron sebelum kematiannya telah mencetuskan kemarahan di antara kontroversi dengan Kim Soo-hyun.

Terbarum akan YouTube milik Lee Jin-ho telah memuat naik video mengenai kisah sebelum kematian mendiang. Dalam video tersebut, didakwa bahawa Kim Sae-ron telah berkahwin dan hamil.

Terdapat juga klip audio daripada Kim Sae-ron yang bersembang bersama staf agensinya mengenai suaminya di mana dia dikatakan telah berpindah ke Amerika Syarikat untuk memulakan hidup baru di sana.

Sewaktu saya sedang berpacaran dengan teman lelaki saya sekarang, saya kebetulan bertemu dengan bekas teman lelaki saya semasa saya berada di Korea. Ada masalah berkaitan syarikat dan B, jadi dia kata dia akan membantu saya dengan masalah tersebut walaupun kami sudah berpisah. Jadi, ketika kami bertemu waktu itu, kami sudah pun berpisah. Saya beritahu segala-galanya kepada bekas teman lelaki saya, termasuk bahawa saya mempunyai teman lelaki, dan kami mengucapkan selamat tinggal seperti itu. Saya juga tidak merancang untuk berkahwin dengan teman lelaki saya sekarang, dan sebenarnya sedang merancang untuk berpisah dengannya. Namun, tiba-tiba saya hamil.

kim saeron pernah kahwin

Apabila video itu dimuat naik, netizen berkongsi reaksi mereka di ruangan komen. Ada yang meluahkan kemarahan kerana Kim Sae-ron terpaksa melalui semua ini ketika dia masih muda.

Manakala yang lain menyelar wartawan Lee Jin-ho, dengan menjelaskan bahawa video itu seolah-olah cuba mengalihkan perhatian daripada Kim Soo-hyun dan hanya bertujuan untuk mencemarkan nama Kim Sae-ron. Ada juga yang berpendapat bahawa ia mungkin tindak balas daripada syarikat aktor tersebut, Gold Medalist.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...