Ikuti Kami:

Kim RaeWon Kembali Selepas 2 Tahun, Bakal Bintangi Drama Genre Sci-Fi Disamping Lee DaHee

Kim RaeWon Kembali Selepas 2 Tahun, Bakal Bintangi Drama Genre Sci-Fi Disamping Lee DaHee

Saluran kabel tvN tidak dinafikan sering menyajikan drama yang di luar kotak dan unik berbanding dengan saluran lain. Terbaru, saluran tersebut kini sedang memulakan produksi drama “LUCA” di mana ianya berdasarkan kepada teori ‘Origin of Species’ daripada Charles Darwin. Kisah seorang individu telah dilahirkan di dalam sebuah dunia genetik yang misteri dan terpaksa mengharunginya seorang diri.

Disebabkan oleh kisahnya yang unik dan di luar pemikiran manusia, staf yang menyertai produksi ini telah dipilih daripada yang berpengalaman sahaja selain dibintangi oleh pelakon yang mempunyai mutu lakonan yang tidak boleh disangkal lagi.

Bagi yang tidak mengetahui, “LUCA” merupakan naskhah pertama diterajui Kim RaeWon selepas dua tahun menyepikan diri daripada dunia K-Drama. Lelaki kacak ini telah ditugaskan untuk memainkan watak Ji Oh iaitu seorang yang pendiam dan tidak bertutur langsung. Dengan keadaannya yang sebegitu, dia telah dilemparkan ke dalam dunia ini tanpa mengetahui siapakah dirinya yang sebenar selain mempunyai kuasa luar biasa yang tiada pada manusia lain. Ji Oh terpaksa bekerja keras untuk mencari jawapan kepada kewujudannya.

drama luca

Manakala untuk watak heroinnya iaitu GuReum pula bakal digalas oleh pelakon rupawan iaitu Lee DaHee. Watak ini merupakan seorang detektif yang dipindahkan ke Unit Siasatan Jenayah selepas dia menyiasat kes pecah amanah seorang pegawai atasan. GuReum ialah seorang yang sering bertindak sebelum berfikir lantas selalu main serbu sahaja tanpa ada rancangan yang sahih. Dunianya mula huru-hara apabila dia mengenali Ji Oh semasa cuba menyiasat kes kehilangan seorang kanak-kanak.

Pihak produksi “LUCA” meminta para penonton supaya meletakkan jangkaan yang tinggi kepada naskhah ini memandangkan ia adalah satu genre yang asing dan lain daripada yang lain. Drama ini turut menjanjikan kehebatannya memandangkan mereka bekerjasama dengan staf dan pelakon yang hebat.

Tak sabar nak tengok gandingan Kim RaeWon dan Lee DaHee!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...