Utama Drama Korea Kim Raewon Dilapor Bakal Terajui Drama ‘The Police Station Next To The...

Kim Raewon Dilapor Bakal Terajui Drama ‘The Police Station Next To The Fire Station’

kim raewon

Tamat sahaja “L.U.C.A.: The Beginning”, pastinya ramai yang dah rindu nak tengok Kim Rae-won di kaca televisyen kan?

Mungkin anda akan melompat gembira apabila mendengar khabar daripada sumber dalam industri ini, yang mengatakan bahawa pelakon lelaki itu akan berlakon dalam drama SBS bertajuk “The Police Station Next to the Fire Station”.

Kim Rae-won dikatakan akan membawa watak Jin Ho-gae, seorang detektif polis. Dia merupakan seorang inspektor yang mempunyai mata yang menggerunkan, suara yang garau dan bersemangat. Sentiasa mementingkan firasatnya, lelaki ini langsung tidak boleh dibawa berunding. Bukan sahaja mempunyai naluri yang hebat seperti anjing, dia juga boleh membaca minda penjenayah. kim raewon“The Police Station Next to the Fire Station” berlatarbelakangkan tapak respon di antara polis memberkas penjenayah dan balai bomba yang memandamkan api. Ianya akan menampilkan cerita detektif yang sentiasa menangkap sasarannya, paramedik yang tidak terlepas pandang sebarang kecederaan mahupun luka dan ahli bomba yang terus meluru ke dalam api marak. Drama ini menggambarkan momen tegang di antara jenayah, krisis dan kecemasan.

Dipenuhi dengan siasatan saintifik, ia bakal menjadi drama pertama yang menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai siasatan insiden kebakaran.

Khabarnya, “The Police Station Next to the Fire Station” bakal bersiaran pada separuh pertama tahun hadapan.

Harapnya benarlah berita ini, dah rindu nak tengok Kim Rae-won berlakon.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERJTBC

Leave a Reply