Ikuti Kami:

Kim Myungsoo, Kwon Nara & Ramai Lagi Bakal Bergandingan Dalam Drama Bersejarah ‘Secret Royal Inspector’

Kim Myungsoo, Kwon Nara & Ramai Lagi Bakal Bergandingan Dalam Drama Bersejarah ‘Secret Royal Inspector’

Makin banyak drama yang kini sudah memasuki fasa produksi, tak sabar rasanya nak menonton kesemuanya tak lama lagi. Salah satu daripadanya ialah “Secret Royal Inspector”.

Selepas lama diuar-uarkan, akhirnya sudah disahkan bahawa Kim Myung-soo bakal membawa watak utama untuk drama tersebut. Bahkan lelaki itu sendiri meluahkan rasa terujanya untuk membawa watak tersebut dalam drama bersejarah tersebut.

Kalau anda nak tahu, inspektor rahsia diraja adalah seperti ‘Kingsmen’ semasa zaman Dinasti Joseon. Jawatan ini adalah unik dan memang benar-benar ada ketika zaman dahulu dan mereka yang bertugas adalah kakitangan kerajaan yang dilantik khas oleh raja dan dihantar untuk menyamar ke daerah tempatan bagi mendengar suara rakyat dan memerhati mana-mana pegawai yang mengambil rasuah.

secret royal inspector

Dari kiri: Kim Myung-soo, Kwon Na-ra

Kim Myung-soo bakal membawa watak Sung Yi-kyum seorang busuchan (pegawai awam) di Hongmungwan (pejabat penasihat khas) di mana ia menempatkan agensi penyelidikan dan pentadbiran ketika zaman Dinasti Joseon.

Sung Yi-kyum merupakan seseorang yang hidup untuk waktu ini sahaja dan tiada cita-cita untuk masa depannya. Dia yang mendapat tempat pertama ketika peperiksaan perkhidmatan awam telah ditangkap berjudi dan dihukum bertugas sebagai inspektor rahsia diraja. Drama ini mengikuti pengembaraannya dalam menyelesaikan pelbagai maslaah yang berbangkit dalam masyarakat Joseon.

Bukan sahaja Kim Myung-soo bahkan barisan pelakon utama lain turut disahkan bakal muncul dalam drama ini. Antara daripada mereka ialah Kwon Na-ra, Lee Yi-kyung dan Lee Tae-hwan.

Kwon Na-ra akan melakonkan watak Hong Da-in, seorang gisaeng yang cantik dan bersemangat. Tanpa pengetahuan orang lain, dia sebenarnya adalah damo (wanita yang bekerja di pejabat kerajaan Joseon) yang sedang melakukan penyamaran. Hong Da-in kemudiannya bergabung tenaga dengan Sung Yi-kyum apabila dia memulakan tugas sebagai inspektor rahsia diraja.

secret royal inspector

Dari kiri: Lee Yi-kyung, Lee Tae-hwanLee Yi-kyung pula akan membawa watak Park Choon-sam iaitu orang kanan Sung Yi-kyum di mana wataknya adalah seorang yang baik hati dan disayangi. Walaupun banyak cakap dan kerap menangis, lelaki ini sebenarnya sangat licik.

Lee Tae-hwan diberikan tugas untuk melakonkan watak Sung Yi-bum, iaitu adik tiri kepada Sung Yi-kyum. Ayahnya ialah seorang yangban (seoranga bangsawan) manakala ibunya pula ialah seorang hamba. Disebabkan oleh situasi kelahiran mereka yang berbeza, dia mempunyai konflik dengan Sung Yi-kyum.

Tak sabarnya nak tonton mereka semua ini berlakon bersama!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...