Kim Mooyeol & Kim Saeron Akan Sertai Park Heesoon & Kim Hyunjoo Dalam ‘Trolley’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Makin tak sabar nak tonton “Trolley” selepas barisan pelakonnya diumumkan!
Artikel Berkaitan
Untuk pengetahuan, “Trolley” akan membawa kisah tentang isteri seorang ahli Dewan Negara yang menjalani kehidupan yang tenang sambil menyembunyikan masa lalunya. Dia berhadapan dengan dilema apabila rahsianya terbongkar kepada dunia.
Park Hee-soon akan memegang watak utama lelaki sebagai Nam Jung-do, seorang ahli yang dilantik semula dalam Dewan Negara dan akan bertanding untuk penggal ketiga. Manakala Kim Hyun-joo akan memegang watak utama wanita sebagai Hye-joo, isteri Nam Jung-do yang tidak pernah terdedah dengan dunia luar.

Selain itu, Kim Moo-yeol dan Kim Sae-ron juga telah disahkan akan membintangi drama ini, di mana Kim Moo-yeol akan berperan sebagai Jang Woo-jae, seorang pembantu kanan Nam Jung-do (Park Hee-soon), serta Kim Sae-ron akan membawa watak Kim Soo-bin, yang dijangka akan beraksi dengan baik.
Nantikan “Trolley” yang telah dijadualkan untuk tayang pada separuh kedua tahun ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




