Ikuti Kami:

Kim Minju Ditawar Terajui Watak Dalam Drama ‘Joseon’s Ban On Marriage’

Kim Minju Ditawar Terajui Watak Dalam Drama ‘Joseon’s Ban On Marriage’

Kim Min-ju yang sebelum ini tampil sebagai model di samping kerjasama bersama majalah terkemuka Vogue, kini dikhabarkan bakal tampil dalam satu drama terbaru.

Menurut laporan media baru-baru ini, penyanyi, pelakon, dan juga merupakan bekas ahli IZ*ONE, Kim Min-ju telah ditawarkan satu watak dalam satu drama percintaan sejarah MBC yang akan datang, “Joseon’s Ban on Marriage”.

Jika pelakon, Kim Min Ju bersetuju untuk tampil dalam siri drama terbaru ini, dia akan bekerja bersama Kim Young-dae, Park Joo-hyun, Kwon Hyun-bin, dan ramai lagi. Ia juga akan menandakan kemunculan semula Kim Min-ju untuk berlakon buat kali pertama selepas tempoh kira-kira 3 tahun, sejak filem “The Fault Is Not Yours” pada 2019.kim minjuBerdasarkan novel web popular dengan nama yang sama, “Joseon’s Ban on Marriage” ialah drama percintaan sejarah gabungan dan mengisahkan tentang seorang raja muda yang memerintahkan dekri yang melarang perkahwinan di Joseon selepas kehilangan isterinya. Pada suatu hari, seorang wanita yang bersekongkol mendakwa bahawa roh permaisuri yang telah meninggal dunia telah memasuki tubuhnya, dan muncul di hadapan raja.

Drama terbaru “Joseon’s Ban on Marriage” dijangka akan disiarkan di MBC pada tahun ini.

Korang rasa Kim Min-ju terima tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...