Utama K-Pop Kim Kardashian Kongsi Gambar Hwasa MAMAMOO Di Akaun IG

Kim Kardashian Kongsi Gambar Hwasa MAMAMOO Di Akaun IG

hwasa kim kardashian

Dalam interaksi yang tidak dijangka ini, peminat dan netizen sama-sama heboh apabila Kim Kardashian telah mengongsikan gambar Hwasa MAMAMOO pada 27 Oktober, semalam.

Kim Kardashian ialah seorang personaliti media, sosialit, model dan usahawan popular, dilihat telah kongsikan gambar Hwasa MAMAMOO di akaun Instagram miliknya.

Awal minggu ini, Hwasa telah memukau 6.9 juta pengikut Instagramnya dengan set foto baharu yang cantik.

hwasa kim kardashianEntri tajaan itu menampilkan bintang MAMAMOO memakai koleksi ‘FENDI x SKIMS’ baharu, iaitu kerjasama antara jenama Itali mewah terkenal FENDI, dan pakaian bentuk SKIMS. SKIMS adalah salah satu daripada banyak jenama yang dimiliki oleh jutawan televisyen realiti, Kim Kardashian.

Koleksi itu masih belum dikeluarkan lagi sehingga 9 November, tetapi Hwasa telah menerimanya, yang mana membuktikan pengaruh gayanya.

hwasa mamamooDalam beberapa jam berita mengenai interaksi ini, ianya telah masuk ke 10 cerita sohor kini teratas di Naver Entertainment, dengan banyak saluran membuat liputan. Selain itu, bintang K-Pop itu telah memperoleh ribuan lagi pengikut berikutan laungan itu.

Di media sosial, peminat MAMAMOO berkata dengan pengiktirafan oleh Kim Kardashian, adalah bukti sebenar impak antarabangsa Hwasa.

Wah hebat Hwasa, Kim K pun perasan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInstagram
Loading...