Ikuti Kami:

Kim Juhun & Kwak Dongyeon Sertai ‘Big Mouth’ Bersama Lee Jongsuk Serta Yoona

Kim Juhun & Kwak Dongyeon Sertai ‘Big Mouth’ Bersama Lee Jongsuk Serta Yoona

Selain daripada Lee Jong-suk dan Yoo-ah, nampaknya “Big Mouth” turut akan disertai dengan ramai lagi pelakon yang berbakat. Nak tahu siapa?

Kim Ju-hun disahkan akan melakonkan watak Choi Do-ha, datuk bandar Gucheon yang mempunyai cita-cita tinggi. Merupakan bekas pendakwaraya terkenal, dia berjabat tangan dengan taikun bisnes, media dan ahli politik selepas merasai kemanisan kuasa. Malah dia merupakan ahli ‘NR Forum’, satu organisasi swasta rahsia yang disertai oleh kelas istimewa.

Ok Ja-yeon pula bertanggungjawab berlakon sebagai Hyun Joo-hee, pengarah Hospital Gucheon dan isteri kepada Choi Do-ha. Mempunyai karisma dingin di sebalik senyuman lembut, wanita itu memaparkan kehidupan yang diimpikan semua dengan keluarga yang sempurna, kecantikan tiada tandingan, berbakat selain menjadi ketua kumpulan isteri bagi ‘NR Forum’ itu.

tvn big mouth

Watak Gong Ji-hoon disempurnakan oleh Yang Kyung-won, presiden media konglomerat, Kukdong Ilbo selain merupakan pengerusi ‘NR Forum’. Meskipun merupakan anak bongsu pengasas syarikat itu, dia menduduki takhta itu selepas mengalahkan abangnya dengan kebijaksanaan dan nalurinya.

Kwak Dong-yeon bakal melakonkan watak Jerry di mana dia sangat mengidolakan penipu ‘Big Mouth’ sehingga terinspirasi menggunakan nama tikus daripada kartun ‘Tom And Jerry’.

tvn big mouth

Untuk pengetahuan, “Big Mouth” membawa kisah seorang peguam kelas ketiga yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouth’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

Hebat kan line-up “Big Mouth”? Tak sabar betul nak menontonnya di tvN nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...