Kim Jongmin Kekal! ‘2 Days & 1 Night’ Bakal Kembali Dengan Ahli Baru

2 days and 1 night kembali dengan musim keempat tak lama lagi

Siapa pernah tonton rancangan hiburan “2 Days & 1 Night” semasa ditayangkan di kaca televisyen menerusi saluran KBS World? Walaupun pada ketika itu, rating program tersebut adalah sangat memuaskan semasa tayangannya. Tetapi pihak produksi membuat keputusan untuk menghentikan rancangan itu selepas beberapa skandal yang melibatkan ahlinya antaranya ialah skandal seks Jung Joonyoung dan khabar angin Cha Taehyun dan Kim Junho yang dikatakan berjudi dengan jumlah yang besar.

Selepas program itu tamat tayangan pada Mac lepas, ramai yang tertanya-tanya sama ada “2 Days 1 Night” akan kembali ke udara dalam masa terdekat ini. Berita gembira untuk peminat! Sumber media mengkhabarkan bahawa rancangan itu akan kembali untuk musim ke-4 tidak lama lagi.

2 days and 1 night kembali untuk musim keempat

Menurut laporan TV Report, Kim Jongmin merupakan satu-satunya ahli asal daripada musim lepas yang akan kembali untuk musim terbaru ini. Berita lain turut membawa khabar bahawa pelakon Yeon Junghoon dan pelawak Moon Seyoon akan turut serta sebagai ahli baru program ini.

Walaubagaimanapun, satu sumber daripada pihak produksi “2 Days 1 Night” sendiri telah menyatakan bahawa tiada pengesahan lagi daripada pihak Kim Jongmin untuk menyertai musim ke-4 ini. Mereka juga mengesahkan bahawa pihak produksi sedang berbincang lagi dengan Yeon Junghoon dan Moon Seyoon. Selain itu, penyanyi rap Din Din juga dikatakan sedang dalam perbincangan mengenai partisipasinya dalam musim terbaru nanti.

2 days and 1 night kembali untuk musim keempat

“2 Days & 1 Night” musim ke-4 dikhabarkan bakal menemui penonton pada Disember ini namun belum mempunyai slot tayangan yang spesifik lagi. Dikhabarkan bahawa penggambaran akan bermula selewat-lewatnya November nanti.

Rancangan ini membawa seluruh penonton ‘bersia-siar’ seluruh pelosok Korea sambil bermain permainan yang menghiburkan. Telatah lucu setiap ahli juga menyerikan lagi program ini. Peminat setia “2 Days & 1 Night” pasti tak sabar nak tonton musim baru kan?

Sumber: Soompi

Leave a Reply