Ikuti Kami:

“Kim Jongkook OUT” – Penonton Teruja Episod Akan Datang ‘Running Man’ Kembali Cabut Tag Nama

“Kim Jongkook OUT” – Penonton Teruja Episod Akan Datang ‘Running Man’ Kembali Cabut Tag Nama

Mungkin mendengar permintaan peminat lama, akhirnya “Running Man” bakal kembali dengan konsep disukai ramai pada minggu hadapan.

Dalam sedutan episod akan datang, para ahli bersama tetamu Hwang Kwang-hee dan Lee Dae-ho akan berentap dalam episod ‘Running Scout’ di mana mereka perlu melepaskan diri dari dunia palsu selain mencari siapakah dalang disebalik kekalutan itu.

Walaupun sedikit, tapi penonton sudah melahirkan rasa teruja melihat konsep ‘berlari’ yang dipraktikkan dahulu. Malah setiap ahli dilihat ragu-ragu di antara satu sama lain dan berlari di serata bangunan bagi melarikan diri dari terperangkap selamanya.

Bukan itu sahaja, laungan ‘Kim Jong-kook OUT’ yang terdengar di dalam klip itu menguatkan lagi keinginan semua yang tidak sabar menantikan tayangan berkenaan.

Komen penonton,

Kalau dah mula berlari kembali ni, boleh tak letak pengawal macam dulu.

 

Mungkin sebab minggu depan ulang tahun ke-13 ‘Running Man’, mereka kembalikan misi kejar-mengejar.

 

Mesti seronok sebab mereka akan cabut tag nama~

 

Wow!! OUT! Dah lama tak dengar tak tengok mereka berlari.

 

Akhirnya ‘Running Man’ melakukan perlumbaan yang biasa kita lihat. Tak sabarnya!

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...