Kim Jongkook, Haha & Ji Sukjin Ahli Spin Off ‘Running Man’ Disney+, Song Jihyo & Yang Sechan Jadi Tetamu

disney+ spin off running man

Rasanya ada yang terdengar khabar angin mengenai ‘spin-off’ rancangan “Running Man” yang bakal ditayangkan di saluran Disney+ kan?

Nampaknya perkara itu sudah pun disahkan kini menerusi sidang media yang diadakan khas bagi merasmikan pelancaran laman penstriman itu di Korea.

Rancangan ‘spin-off’ itu hanya akan dihoskan oleh tiga ahli asal “Running Man” iaitu Ji Suk-jin, Haha dan Kim Jong-kook di mana mereka akan menjemput tetamu berlainan pada setiap minggu dan mencuba pelbagai permainan baru. Ianya dinamakan sebagai “Running Man: The One Who Play Is Above The One Running”

disney+ spin off running man

Menurut laporan, Song Ji-hyo dan Yang Se-chan bakal menjadi tetamu untuk episod pertama ‘spin-off’ itu.

Untuk pengetahuan, laman Disney+ akan dilancarkan secara rasmi pada 12 November nanti di Korea.

Macam mana pula keserasian mereka bertiga pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

1 komen

Leave a Reply