Salah seorang ahli Running Man iaitu Kim Jong-kook telah memberi Jeon So-mi sesi latihan fizikal di saluran YouTubenya ‘Gym Jong Kook‘!
Episod yang ditayangkan pada 28 Oktober di saluran YouTube ‘Gym Jong Kook’, Jong-kook telah menuju ke The Black Label untuk bertemu dengan So-mi untuk memberinya sesi latihan fizikal.
Bintang pujaan itu sedang berlatih koreografi untuk lagu barunya yang akan datang “XOXO” apabila dia menemuinya.
Kemudian, mereka memulakan senaman tangga tegar yang membuat Jeon So-mi berpeluh dan juga pelbagai aksi lucu dalam video tersebut. So-mi juga kini sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan albumnya yang pertama pada hari ini jam 5 petang.
Comel je So-mi terpaksa bersenam!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.