Nampaknya, Kim Ji-won sudah pun berjumpa dengan agensi barunya.
Bagi yang belum tahu, pada Jun lepas, kontrak Kim Ji-won bersama agensi SALT Entertainment telah tamat, selepas 2 tahun bekerjasama.
Terbaru pada 29 September, agensi High Zium Studio telah mengumumkan kerjasama mereka dengan pelakon Kim Ji-won, dengan menyatakan,
Kami gembira dapat mencipta sinergi yang hebat dengan pelakon Kim Ji-won yang menerima kasih sayang dan kepercayaan daripada orang ramai. Memandangkan dia seorang pelakon yang telah mempamerkan kepelbagaian daya tarikan dan kemahiran lakonannya dengan mendalam melalui pelbagai projek, kami pasti akan berada di sisinya supaya dia boleh terus menunjukkan sisi baik dirinya pada masa hadapan.
https://twitter.com/highziumstudio/status/1575292167475859456
Untuk pengetahuan, High Zium Studio merupakan agensi kepada pelakon popular termasuk Song Joong-ki, Lee Jong-suk, Geum Sae-rok, Han Ji-won dan ramai lagi.
Selamat maju jaya buat Kim Ji-won di agensi baru!