Ikuti Kami:

Kim Jiwon Mengandung, Penonton Tebak ‘Queen Of Tears’ Akan Ada ‘Happy Ending’ Dek Satu Klu Ini!

Kim Jiwon Mengandung, Penonton Tebak ‘Queen Of Tears’ Akan Ada ‘Happy Ending’ Dek Satu Klu Ini!

Sudah 12 episod bersiaran, pasti ramai yang makin tertanya-tanya tentang pengakhiran “Queen of Tears”.

Dalam episod terbaru drama itu, penonton membuat spekulasi bahawa pasangan Baek Hyun-woo (Kim Soo-hyun) dan Hong Hae-in (Kim Ji-won) yang pernah mengalami keguguran sebelum ini, akan mendapat cahaya mata pertama mereka.

Sekiranya benar Hong Hae-in mengandung, ada kemungkinan dia akan kembali pulih dari sakitnya kerana apabila seseorang itu hamil, sel darah putih dalam badan akan melonjak naik.

Malahan dalam teaser untuk episod ke-13, wanita itu juga ada bercakap tentang kiraan sel darah putihnya kepada keluarganya. Dengan ini, Hae-in berkemungkinan boleh menerima rawatan yang sewajarnya untuk kanser otaknya dan drama ini dipercayai akan berakhir dengan gembira.

Kalau nak tau, kena lah tonton “Queen of Tears” pada setiap hari Sabtu dan Ahad di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...