Ikuti Kami:

Kim Jaejoong Bakal Ke Malaysia Untuk ‘Asia Tour Concert’ September Ini

Kim Jaejoong Bakal Ke Malaysia Untuk ‘Asia Tour Concert’ September Ini

Berita baik buat peminat Kim Jae-joong!

Terbaru, satu khabar gembira telah diumumkan yang mana berjaya menimbulkan keterujaan peminat apabila penyanyi, Kim Jae-joong bakal memulakan konsert jelajah Asianya pada September ini!.

Kim Jae-joong yang pada mulanya sepatutnya melawat Malaysia pada Mac 2020, namun terpaksa dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19 yang berlaku. Kini bintang pop itu bakal meneruskan jelajahnya seperti yang telah dirancang. Selain Malaysia, bintang K-pop berusia 36 tahun itu juga dikhabarkan akan melawat Bangkok.

Sebelum ini, Kim Jae-joong banyak menyibukkan dirinya dengan pelbagai projek TV seperti “Bad Memory Eraser” di mana dia memegang watak sebagai Lee Goon dan turut tampil sebagai pengacara bagi rancangan variasi hiburan “Hope TV”.

Jelas terpampar keterujaan peminat apabila rata-rata dalam kalangan mereka meluahkan rasa gembira kerana sudah lama menunggu kedatangan Kim Jae-joong ke negara masing-masing.

Konsert jelajah Asia Kim Jae-joong di Malaysia dikhabarkan bakal dilangsungkan pada 23 September ini di Dewan Pleno KLCC. Butiran bagi penjualan tiket dan masa akan diberitahu semula kelak.

Tak sabarnya! Korang jangan terlepas beli tiket tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...