Selepas “Lovely Runner”, pasti ramai yang menantikan drama baru Kim Hye-yoon kan?
Terbaru, media melaporkan bahawa Kim Hye-yoon sedang meneliti tawaran untuk terajui drama komedi fantasi berjudul “From Today I Am A Human”. Namun, tiada sebarang respon dari agensi lagi setakat ini.
Jika Kim Hye-yoon menerima tawaran ini, dia dijangka akan membawa watak sebagai Eun-ho, seorang gumiho yang menikmati waktu remajanya yang tidak akan habis dan dia juga tidak akan pernah dewasa.
Oleh itu, Eun-ho akan sentiasa mengelak dari lelaki dan berbuat baik, kerana takut akan berubah menjadi manusia.
Sebelum ini, Park Solomon juga telah ditawar untuk muncul dalam drama yang sama dan masih dalam perbincangan.
Nantikan info lanjut!