Ikuti Kami:

Kim Heesun & Joo Won Kembali Ke Dunia Lakonan Dalam Drama Sci-Fi Serta Melodrama ‘Alice’ Bermula Ogos Ini

Kim Heesun & Joo Won Kembali Ke Dunia Lakonan Dalam Drama Sci-Fi Serta Melodrama ‘Alice’ Bermula Ogos Ini

Pasti ramai yang sudah merindui untuk melihat drama lakonan Joo Won selepas drama terakhirnya iaitu “My Sassy Girl” ditayangkan pada tahun 2017 kan? Jangan bersedih kerana pelakon ini bakal kembali dengan drama terbaru bertajuk “Alice” pada 28 Ogos nanti!

Naskhah ini merupakan kisah fiksyen sains yang menceritakan cerita ajaib di antara seorang lelaki dan perempuan yang terpisah dek kematian namun mereka kembali bersatu dengan melawan batas masa dan ruang.

Joo Won bakal membawa watak Park Jin-kyum iaitu seorang detektif yang lahir tanpa kemampuan untuk mempunyai apa-apa emosi. Dalam usaha untuk menyelesaikan satu kes misteri, dia merupakan orang pertama yang mendapat tahu mengenai penggembara masa yang datang daripada masa depan menerusi alat bernama “Alice”. Sambil bertarung dengan pelbagai insiden tidak dijangka disebabkan oleh kewujudan alat tersebut, dia bertemu semula dengan Yoon Tae-yi, seorang wanita yang sudah lama mati.

sbs alice

Bagi watak Yoon Tae-yi pula, pelakon popular yang sudah dua tahun menyepi daripada dunia drama iaitu Kim Hee-sun telah diberi tanggungjawab untuk memainkan karakter tersebut. Wanita itu ialah seorang ahli fizik yang bijak dan memegang kunci utama kepada rahsia penggembaraan masa ini. Selepas bertemu dengan Park Jin-kyum yang menegaskan bahawa mereka berjumpa kerana takdir, dia menyertai lelaki tersebut bagi membongkar misteri ini. Dalam misi ini, dia juga mempelajari rahsia mengenai dirinya sendiri.

Syarikat produksi ‘The Story Works’ menyatakan bahawa “Alice” merupakan satu drama dengan genre yang baru.

‘Alice’ adalah drama bergenre baru yang menggabungkan fiksyen sains dengan melodrama manusia. Ia menerapkan eleman kemanusiaan, komedi dan melodrama serta dalam masa yang sama menayangkan plot berskala besar iaitu satu percaturan tipikal bagi genre sci-fi.

 

View this post on Instagram

 

[1차 티저] 주원X김희선, 시공간을 초월한 두사람의 재회🌙 – SBS 금토드라마 <앨리스> ☞ 8월 28일 금요일 밤 10시 첫방송 – #SBS금토드라마 #앨리스 #Alice #김희선 #주원 #이다인 #연우 #지혁 #곽시양 #최원영 #SBS새금토드라마 #편의점샛별이후속 #1차티저 #앨리스티저 #JooWon #KimHeeSun #Alice_Teaser @sbsdrama.official

A post shared by SBS (@sbsnow_insta) on

Dengan skrip yang padat serta pelakon yang sering memberikan persembahan hebat, pihak produksi “Alice” menyatakan bahawa mereka tidak akan menghampakan penonton dengan drama terbaru ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...