Ikuti Kami:

Kim Goeun, Nam Jihyun & Park Jihoo Sah Jadi Adik-Beradik Dalam Drama Misteri ‘Little Women’

Kim Goeun, Nam Jihyun & Park Jihoo Sah Jadi Adik-Beradik Dalam Drama Misteri ‘Little Women’

Akhirnya, drama “Little Women” mengesahkan barisan pelakon utamanya!

Ia membawa kisah tiga adik-beradik yang membesar dengan latar belakang yang miskin dan melawan orang kaya dan keluarga berpengaruh di Korea. Plot yang mengejutkan akan terbongkar apabila mereka terbabit dengan insiden besar dan ketiga-tiganya perlu bekerjasama untuk menyelesaikan kerja rumah yang menghantui seumur hidup mereka iaitu ‘wang’.

Kim Go-eun akan membawa watak Oh In-joo yang belajar dari awal supaya menjadi pelindung. Meskipun berimpian untuk hidup normal seperti orang lain, namun satu kejadian membuatkan hidupnya menjadi tunggang-langgang.

tvn little women

Nam Ji-hyun akan membawa watak anak kedua, Oh In-kyung iaitu seorang wartawan baru yang memburu keadilan. Apabila kejadian misteri yang pernah ditemuinya semasa awal pembabitan sebagai wartawan kembali berulang, dia bekerja keras bagi membongkar rahsia yang gelap itu.

Park Ji-hoo bertugas melakonkan watak anak ketiga, Oh In-hye yang diterima masuk ke sekolah seni berprestij kerana bakatnya dalam melukis.

Drama tvN ini dirancang untuk menemui penonton pada tahun 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...