Tak cukup dengan musim pertama dan kedua, “Yumi’s Cells” akan kembali menemui penonton dengan musim ketiga pula!
Selepas 3 tahun, TVING telah mengumumkan keluaran “Yumi’s Cells 3” yang akan merungkai kehidupan harian Yu-mi (Kim Go-eun), seorang pekerja pejabat biasa melalui mata sel di kepalanya.
Selain Kim Go-eun yang kembali memegang watak sebagai Kim Yu-mi, ramai pelakon baru yang lain akan turut menghiasi musim ketiga kali ini.
<유미의 세포들3> 세포 마을을 찾아온
새롭고 반가운 얼굴들 ♥티빙 오리지널 <유미의 세포들3>
2026년, TVING에서 만나요! #TVING #티빙 #티빙오리지널 #유미의세포들 #유미의세포들시즌3 #김고은 #김재원 #전석호 #최다니엘 #조혜정 #미람 #박세인 #성지루 #이유비 pic.twitter.com/SFaZZi3lxd— TVING 티빙 (@tvingdotcom) July 2, 2025
Khususnya, Kim Jae-won akan tampil sebagai watak utama lelaki disertai dengan pelakon lain seperti Jeon Seok-ho, Choi Daniel, Jo Hye-jung, Mi-ram, Park Se-in, Seong Ji-ru dan Lee Yu-bi.
Sementara itu, ramai turut tertanya-tanya sekiranya pelakon dari musim 1 dan musim 2 akan turut membuat penampilan istimewa dalam musim terbaru ini nanti.
Nantikan tayangan “Yumi’s Cells 3” yang telah dijadualkan pada 2026 nanti!