Ikuti Kami:

Kim Dongwook Dilamar Terajui Drama Pengembaraan Masa ‘You, Whom I Met By Chance’

Kim Dongwook Dilamar Terajui Drama Pengembaraan Masa ‘You, Whom I Met By Chance’

Adakah Kim Dong-wook akan berlakon dalam sebuah drama baru tak lama lagi?

Menurut wakil industri, Kim Dong-wook akan menjadi pelakon utama Hae Joon dalam drama “You, Whom I Met By Chance”.

Respon agensinya mengenai laporan itu,

Kim Dong-wook ada menerima tawaran untuk membintangi drama KBS ‘You, Whom I Met By Chance’ dan sedang menelitinya kini.

Ia merupakan kisah misteri yang dikupas apabila lelaki yang menggembara ke masa lalu untuk mencari tahu kebenaran mengenai satu pembunuhan bersiri dan berjumpa dengan seorang wanita yang menggembara melalui masa untuk menghalang perkahwinan ibu dan ayahnya.

kim dongwook

Jika menerimanya, Kim Dong-wook akan melakonkan watak Hae Joon iaitu seorang pembaca berita yang dingin dan berterus terang. Selepas memperolehi kebolehan untuk menggembara ke masa lampau dan hadapan, dia berjumpa dengan seorang wanita bernama Yoon-young dan terlibat dalam satu kejadian misteri.

Namun begitu, penjadulan siaran “You, Whom I Met By Chance” masih belum ditentukan.

Dalam pada itu, Kim Dong-wook turut disahkan bakal menerajui drama TVING bertajuk “The King Of Pigs”.

Banyak betul drama Kim Dong-wook tahun ini, yes!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...