Ikuti Kami:

Kim Dami Sedang Meneliti Tawaran Filem ‘The Great Flood’

Kim Dami Sedang Meneliti Tawaran Filem ‘The Great Flood’

Khabar baik buat peminat pelakon Kim Da-mi! Baru-baru ini agensi Endmark mengesahkan bahawa Kim Da-mi sedang mempertimbangkan untuk muncul dalam filem “The Great Flood”.

Agensi Endmark berkongsi dengan Joy News 24,

Kim Da-mi menerima tawaran untuk muncul dalam filem “The Great Flood” dan sedang menyemaknya secara positif.

“The Great Flood” ialah filem baharu arahan pengarah Kim Byung-woo. Ia adalah filem bencana yang mengikuti karya terdahulu “The Terror Live” dan juga “PMC:The Bunker”. “The Great Flood” menggambarkan situasi yang dialami oleh seseorang apabila terperangkap dalam gelung masa berulang kali yang tidak terhingga.

Walaupun watak Kim Da-mi masih belum diketahui, jangkaan sudah mulai meningkat untuk cabaran baharu bagi watak kali ini memandangkan sebelum ini dia telah menonjolkan daya tarikan menerusi filem seperti “The Witch”, drama “Itaewon Class”, dan “Our Beloved Summer”.kim damiSementara itu, Kim Da-mi juga akan membuat penampilan istimewa dalam filem “The Witch 2” yang akan ditayangkan pada 15 Jun akan datang.

Korang bersedia tau untuk kemunculan Kim Da-mi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...