Ikuti Kami:

Kim Chungha Akan Nyanyi Untuk OST Drama ‘One The Woman’

Kim Chungha Akan Nyanyi Untuk OST Drama ‘One The Woman’

“One The Woman” merupakan salah satu drama yang kini popular di SBS.

Drama ini dilakonkan Lee Ha-nee yang memainkan watak sebagai Jo Yeon-joo adalah pendakwa yang korup. Kerana sebuah kes, dia hilang ingatannya. Dia mula hidup sebagai menantu Kang Mi-na dari keluarga chaebol, yang mirip Jo Yeon-joo.

Pelbagai kisah yang telah dikupas melalui tragedi yang berlaku di dalam drama ini, yang telah membuatkan drama itu diminati ramai.

Pada 14 Oktober, penyanyi solo popular, Kim Chung-ha telah dilihat di studio rakaman mengerjakan runut bunyi asal “Someday” untuk drama “One The Woman”. Video belakang takbir rakaman lagu tersebut telah dimuat naik di saluran YouTube rasmi SBS Drama.

“Someday” adalah versi lagu yang ditafsirkan semula dari “Ride A Bike By Guitar”, yang pada awalnya dinyanyikan oleh band rock Korea tahun 1970-an, Sanulim. Untuk pembuatan semula lagu “Someday” oleh Chung-ha ini akan melibatkan bunyi gitar akustik dan vokal stabil Chung-ha yang akan bertindak sebagai lagu penyembuh bagi watak-watak dalam drama “One The Woman”, yang mengalami masa sukar walaupun kelihatan yakin dan kuat.

Chungha OST One The WomanOST “Someday” oleh Chung-ha, runut bunyi asal ke-3 untuk drama SBS “One The Woman” akan dilancarkan melalui pelbagai platform muzik pada 15 Oktober ini jam 5 petang.

Suara Chung-ha memang sedap!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...