Ikuti Kami:

Kim Bum Dilamar Terajui Drama Fantasi Perubatan ‘Ghost Doctor’ Bersama Rain

Kim Bum Dilamar Terajui Drama Fantasi Perubatan ‘Ghost Doctor’ Bersama Rain

Selesai sahaja tayangan “Law School” baru-baru ini dan nampaknya Kim Bum sudah pun menerima tawaran baru.

Khabarnya pelakon lelaki itu ditawarkan untuk berlakon dalam drama “Ghost Doctor” di samping Rain.

Jawab agensinya,

Kim Bum sedang dalam perbincangan untuk muncul dalam ‘Ghost Doctor’ dan pandangan nampaknya baik.

Kalau anda nak tahu, “Ghost Doctor” ialah drama fantasi perubatan mengenai dua doktor yang mempunyai latar belakang, kemahiran dan personaliti berbeza namun tanpa sengaja badan dan roh mereka bergabung menjadi satu. Drama itu akan membawa kisah emosi mengenai doktor hantu yang tidak mampu melepaskan hospital dan pesakit mereka meskipun sudah tiada.

ghost doctor

Sebelum ini, Rain sudah disahkan akan membawa watak doktor bijak Cha Young-min manakala Uee sedang dalam perbincangan untuk membawa watak utama lain. Katanya, Kim Bum dilamar untuk melakonkan watak Go Seung-tak.

Boleh tahan mantap juga jika Rain dan Kim Bum bergabung kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...