Ikuti Kami:

Kian Seksi, Netizen Jelek Lihat Kwon Eunbi Asyik Tampil Provokatif Selepas Makin Popular

Kian Seksi, Netizen Jelek Lihat Kwon Eunbi Asyik Tampil Provokatif Selepas Makin Popular

Nampaknya, Kwon Eun-bi kian berani menunjukkan sisi provokatifnya kini.

Sebelum ini, bekas ahli IZ*ONE iaitu Kwon Eun-bi telah menjadi perhatian selepas tampil seksi di ‘2023 Waterbomb Festival Seoul’, dengan memakai skirt pendek beserta baju jarang yang menampakkan pakaian dalamnya.

Terbaru pada 19 Ogos, penyanyi wanita itu sekali lagi tampil dengan imej seksi di festival muzik ‘2023 CassCool Festival’ yang diadakan di Seoul Land.

Khususnya, penyanyi berumur 28 tahun itu menggayakan baju crop top tanpa lengan dan skirt mini berwarna biru, jelas memancarkan aura menggodanya.

kwon eunbi

Bagaimanapun menerusi laman komuniti dalam talian, netizen meluahkan rasa kecewa mereka melihat Kwon Eun-bi yang sering tampil dengan imej provokatif kini, selepas semakin meraih populariti.

Tambahan, ada juga yang menyatakan bahawa ia adalah salah satu cara baru untuk wanita itu mempromosikan dirinya sebagai penyanyi. Antara komen yang ditulis,

Dia benar-benar mengubah taktik pemasarannya..

 

Selepas festival Waterbomb, dia dan syarikatnya mengubah cara untuk mempromosikan dirinya.

 

Dulu Eun-bi pernah berkata bahawa dia sangat suka menyanyi tetapi sekarang nampaknya orang telah mengalih perhatian darinya..

Hmm..apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...