Ikuti Kami:

Kian Popular, Pengikut IG Kim Seonho Bertambah Lebih 1 Juta Sejak Bintangi ‘Start-Up’

Kian Popular, Pengikut IG Kim Seonho Bertambah Lebih 1 Juta Sejak Bintangi ‘Start-Up’

Tak dapat disangkal bahawa Kim Seon-ho kini merupakan pelakon yang sering meniti di bibir peminat penonton K-Drama, bukan sahaja sebab kacak namun bakat lakonannya yang hebat.

Kini sibuk dengan drama “Start-Up”, pelakon itu terus berjaya mencuri hati ramai orang dek watak Han Ji-pyung yang mempersonakan selain penonton yang turut dijangkiti ‘sindrom watak kedua’ kerananya.

Terbukti kian popular, satu laman komuniti telah memuat naik entri di mana ia menunjukkan pengikut Instagram rasmi lelaki itu mencecah berlipat kali ganda selepas dia mula membintangi drama tersebut.

pengikut instagram kim seonho

“Start-Up” secara rasmi memulakan tayangan pada 17 Oktober dan lelaki tersebut mempunyai pengikut sebanyak 620,000 pada ketika itu. Namun masuk sahaja sehingga episod ke-6 drama itu, Kim Seon-ho berjaya melepasi garisan 1 juta pengikut. Wow!

pengikut instagram kim seonho

Lebih mengagumkan kerana pada ketika artikel ini ditulis (13 November), jumlah pengikutnya sudah pun mencecah 1,696,257 pengikut. Maknanya Kim Seon-ho berjaya meraih lebih 1 juta pengikut sejak “Start-Up” memulakan tayangannya.

pengikut instagram kim seonho

Hebat betul Kim Seon-ho! Tapi memang layak pun dia popular kan? Pandai berlakon, kacak lagi. Pakej penuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...