Ikuti Kami:

Khabar Angin ‘Rain Kedekut’ Tersebar, Agensi Kongsi Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Khabar Angin ‘Rain Kedekut’ Tersebar, Agensi Kongsi Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Agensi yang menaungi Rain mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang atas khabar angin yang dibangkitkan mengenai lelaki itu menerusi satu akaun YouTube baru-baru ini.

Menurut klip berkenaan, seorang bekas wartawan yang menjadi YouTuber kini memuat naik sebuah video bertajuk, ‘Rain ialah seorang lelaki kedekut meskipun meraih 80 bilion won… Kenapa?’

Katanya,

Memang benar Rain mempunyai reputasi sebagai seorang kedekut. Terdapat saksi mengatakan bahawa dia sangat lah kedekut apabila memberikan sesuatu.

Malah terdapat juga YouTuber lain yang mengesahkan mengenai pendedahan berkenaan selain menekankan mengenai kisah yang berlaku antara Kim Tae-woo dan Rain suatu ketika dahulu. Ianya apabila penyanyi itu mendedahkan bahawa Jung Ji-hoon (nama sebenar Rain) telah keluar makan bersama dan dia yang membayar temu janji itu meskipun dia hanya mempunyai gaji tentera pada itu sedangkan Rain sudah memperolehi banyak pendapatan.

rain

Selepas kisah itu menjadi bualan ramai, agensi penyanyi solo dan pelakon itu mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang atas penyebaran info palsu,

Hello, ini ialah Sublime Artist Agency (SAA),

Agensi menyedari mengenai kewujudan video yang tersebar tanpa kawalan mengenai artis kami, Rain di mana ianya berdasarkan informasi yang salah.

Kami juga sudah mengesahkan beberapa entri dan komen yang menyebarkan informasi salah, menfitnah artis kami, menyerangnya secara peribadi, mengkritik secara buruk dan menyebarkan khabar angin tidak benar.

Terdapat YouTuber yang mereka cerita bagi mendapatkan tontonan dan semua yang mempercayainya telah menyebarkan fitnah itu dengan lebih meluas. Kami akan mengambil segalan tindakan undang-undang yang boleh bagi melawan perlakuan yang merosakkan artis kami. Tiada kelonggaran atau kerjasama kerana kami akan mengambil liabiliti sivil dan jenayah untuk kes ini.

Sublime Artist Agency akan bekerja keras untuk melindungi artis kami di bawah jagaan kami.

Penat juga nak melayan khabar angin seperti ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...