Disebabkan khabar angin mula berterbangan mengenai perkahwinan Jun Ji-hyun dan suami yang dikatakan retak dan hanya menanti belah, ramai yang mahu mendapatkan kepastian daripada pelakon itu sendiri.
Jelas agensi Jun Ji-hyun,
Kami ingin memberikan kedudukan rasmi mengenai khabar angin penceraian Jun Ji-hyun yang dibangkitkan oleh ‘Garo Sero Institute’ semalam (2 Jun). Kami menjelaskan bahawa kesemua kandungan yang dibentangkan di dalam program itu adalah salah sepenuhnya. Kini, informasi palsu sedang disebarkan tanpa tapisan di serata portal atas talian dan kami mengesahkan bahawa khabar angin ini dibuat dan disebarkan atas tujuan buruk daripada pihak seperti ‘Garo Sero Institute’ dan lain-lain. Sebagai hasilnya, kami ingin membawa kebenaran dan meredakan khabar angin berkenaan. Kami akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan khabar angin palsu termasulah artikel, komen buruk dan lain-lain.
Khabar angin sahaja..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.