Ikuti Kami:

Key SHINee, Yuna ITZY & Boom Sah MC Bagi 2021 ‘SBS Gayo Daejeon’

Key SHINee, Yuna ITZY & Boom Sah MC Bagi 2021 ‘SBS Gayo Daejeon’

Key SHINee, Yu-na ITZY, dan Boom akan menjadi MC untuk ‘SBS Gayo Daejeon’ tahun ini!

2021 ‘SBS Gayo Daejeon’ akan berlangsung pada 25 Disember dengan tema “Welcome”, yang menggambarkan harapan untuk kembali ke masa di mana penyanyi dan peminat serta muzik dan orang ramai, boleh bersatu semula dan berkongsi hubungan secara peribadi selepas menghabiskan tempoh masa bertemu tanpa bersemuka.

Artis K-pop yang membuat tahun ini bersinar akan menunjukkan persembahan istimewa yang sesuai dengan kata kunci “Welcome” untuk menjadikan Krismas tahun ini lebih cerah.

Barisan MC akan termasuk Boom, yang telah mengacarakan rancangan itu selama dua tahun berturut-turut dan telah membuatkan penonton ketawa dengan jenakanya. Key SHINee, yang telah mempromosi dalam pelbagai bidang termasuk muzik solo, fesyen, dan banyak lagi serta Yu-na ITZY mewakili generasi akan datang, yang telah mengagumkan dengan kemahiran pengacaraannya yang rapi sebagai MC istimewa di SBS ‘Inkigayo’.

2021 SBS Gayo Daejeon

Selaras dengan tema harapan “Welcome”, ketiga-tiga mereka akan mempamerkan ‘chemistry’ yang sihat dan cerah. 2021 ‘SBS Gayo Daejeon’ akan berlangsung pada 25 Disember jam 5 petang di Gimnasium Namdong di Incheon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...