Ikuti Kami:

Kesudahan Sempurna, Episod Akhir ‘Sell Your Haunted House’ Raih Rating Baik

Kesudahan Sempurna, Episod Akhir ‘Sell Your Haunted House’ Raih Rating Baik

Dengar cerita ramai yang sendu sebab “Sell Your Haunted House” dah tamat?

Sinopsis

Membawa kisah ejen hartanah yang menghalau hantu dan roh jahat daripada hartanah yang mempunyai sejarah kes kematian. Saksikan pengusir roh, Hong Ji-ah (Jang Na-ra) dan seorang penipu, Oh In-bum (Jung Yong-hwa) bekerjasama bagi menghalau kesemua anasir jahat ini kembali ke tempat asal mereka.

[Amaran SPOILER]

Bahagia akhirnya

Pastinya ramai yang menangi sekali apabila melihat Hong Ji-ah berpisah dengan ibunya dan mendapat penamat yang dicarinya selama ini. Disebabkan proses menghalau roh itu turut menghilangkan kekuasaannya untuk ‘berubat’ lagi, wanita itu kemudiannya merantau selama setahun bagi memperbaiki kuasanya.

kbs sell your haunted house

Meskipun tidak menunjukkan apa hubungan mereka secara nyata namun Hong Ji-ah dan Oh In-bum kembali bekerjasama dalam menghalau roh menerusi pembukaan semula ‘Daebak Real Estate’. Malah rata-rata penonton percaya bahawa kedua mereka mempunyai hubungan yang istimewa.

Rating baik

Sejak daripada awal tayangan lagi, “Sell Your Haunted House” telah mendapat perhatian ramai peminat K-Drama. Bukan sahaja kerana Jang Na-ra yang memilih untuk membawa watak yang lebih gelap, namun kerana plotnya yang mengujakan. Malah pelakon sampingan seperti Kang Mal-geum dan Kang Hong-suk nyata menambahkan seri dalam naskah itu.

kbs sell your haunted house

Disebabkan itu, drama ini mampu duduk selesa dalam lingkungan rating 5% ke 6% sepanjang tayangan. Episod akhirnya melihatkan drama ini meraih rating sebanyak 5.5% sekaligus membuktikan bahawa ia terus kekal stabil sehingga ke penamat.

Dah rindu nak tengok duo hebat, Oh In-bum dan Hong Ji-ah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...