Kesudahan Menyentuh Hati, Rating Episod Akhir ‘The One And Only’ Kekal 0%
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Siapa yang layan “The One And Only”? Mesti sedih kan sebab ianya sudah pun melabuhkan tirai kelmarin.
Sinopsis
Drama romantik emosional ini membawa kisah tiga wanita menghidapi sakit yang boleh membawa maut yang bertemu di pusat penjagaan hospital. Mereka membuat keputusan untuk mengalahkan seorang lelaki jahat sebelum menemui ajal – tapi ketika usaha itu, mereka berkenalan dengan seseorang yang bermakna dalam kehidupan mereka.

Bertemu juga
[Amaran SPOILER]
Selepas melalui kesukaran, akhirnya Pyo In-sook dan Min Woo-chun bertemu bahagia selamanya. Pun begitu, lelaki itu tetap menerima hukuman kerana kerjanya sebagai pembunuh upahan dahulu dan disumbat ke penjara atas kesalahan berkenaan. Manakala kekasih hatinya pula menjalani pembedahan yang sekian lama ditangguh dek rasa takut.
Selepas Min Woo-chun dibebaskan dan Pyo In-sook sihat sepenuhnya, kedua mereka bertemu semula di jambatan dan mengakui perasaan cinta antara mereka.

Rating terus 0%
Walaupun ramai yang memujinya namun “The One And Only” hanya mampu berpuas hati dengan rekod 0% ke 1% sahaja hampir sepanjang tayangan. Meraih rating baik pada episod pertama iaitu 2.442% namun ianya menurun ke 0% sejak episod keempat hingga ke penamat.
Untuk episod akhir, drama kemanusiaan ini hanya mampu meraih rating sebanyak 0.6% sahaja.
Menurut analisis pengkritik drama, “The One And Only” dikatakan sukar diterima penonton kerana kandungannya yang berat selain sukar untuk berasa empati terhadap watak di dalamnya.
Apa pun, bagaimana pula komen yang menonton? Okay tak drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




