“The Atypical Family” sudah menamatkan tayangan semalam.
Drama fantasi romantik itu mencapai rating tertinggi sepanjang penayangannya dengan episod akhir siri tersebut.
Menurut Nielsen Korea, episod terakhir “The Atypical Family” mencatatkan penilaian purata seluruh negara sebanyak 4.9%, menandakan rekod peribadi baharu untuk rancangan itu.
Ianya tamat dengan kesudahan bahagia apabila anak mereka, Nu-ri berjaya membawa kembali ayahnya, Gwi-joo (Jang Ki-yong) dari masa lampau dan menyatukan dia bersama ibunya, Da-hae (Chun Woo-hee).
Korang dah layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.