Ikuti Kami:

Kesudahan Drama ‘Diary Of A Prosecutor’ Kurang Menyengat, Sepertinya Bakal Ada Musim Kedua!

Kesudahan Drama ‘Diary Of A Prosecutor’ Kurang Menyengat, Sepertinya Bakal Ada Musim Kedua!

Ada satu cerita best yang sudah pun tamat tayangan di saluran kabel jTBC. Drama “Diary Of A Prosecutor” ini bergenre perundangan dan membawa nama hebat dalam dunia lakonan Korea bagi menjayakannya iaitu Jung Ryeowon dan Lee Sungyun.

Sinopsis ringkas

Drama perundangan ini berkisar tentang kehidupan harian pendakwa raya yang bekerja di sebuah pejabat daerah yang kecil. Lee Sungyun membawa watak Lee Sunyoung yang merupakan seseorang yang tiada langsung azam dan impian dalam kehidupannya. Jung Ryeowon pula memainkan watak Cha Myungjoo iaitu seorang pendakwa raya berbakat dan seorang yang sangat rajin bekerja di sebuah pejabat utama di Seoul dan seterusnya kehidupannya berubah apabila terpaksa berpindah ke cawangan yang lebih kecil.

diary of a prosecutor

Sentuh isu sebenar dalam masyarakat

Yang menyeronokkan tentang drama “Diary Of A Prosecutor” ini ialah kerana mereka menyentuh tentang banyak isu dan norma masyarakat yang seperti rahsia terbuka. Antara isu berat yang ditonjolkan oleh mereka ialah misogynist di tempat kerja. Di mana seorang wanita yang terpaksa menguruskan masa di antara kerjaya dan juga keluarga. Meskipun bersusah payah membahagiakan orang lain, semua orang masih lagi mencari kesalahannya dan menganggap wanita tak boleh menjadi pegawai perundangan kerana ada banyak halangan. Makin sakit apabila golongan wanita sendiri tidak faham mengenai masalah tersebut. Tak cukup lagi dengan isu gangguan seksual oleh rakan sekerja yang tidak dipercayai oleh orang lain kerana tiada saksi dan bukti. Perkara sebegini nampak remeh tapi ianya memang terjadi dalam masyarakat kita.

diary of a prosecutor

Bukan itu sahaja, drama ini turut membawa kisah individu yang tak dapat berbaik-baik dengan rakan sekerja lain kerana dia yang bercita-cita tinggi. Mungkin disebabkan oleh sikap penting diri itu, individu tersebut tidak disenangi oleh orang lain dan menjadi punca gosip di belakangnya. Masalah ini sebenarnya adalah perkara yang sangat biasa terjadi di mana-mana tempat kerja kerana tak semua orang mempunyai tahap pemikiran dan personaliti yang sama.

Kalahkan rasuah dan korupsi

Bagi segmen terakhir drama perundangan ini, teraju utama seperti Sunwoong, Myungjoo, Minho dan beberapa orang lagi bekerja keras bagi melawan korupsi yang dilakukan oleh Ketua Choi yang tidak malu menutup sesuatu kes dengan menerima tawaran bayaran daripada suspek. Sampaikan jawatan pegawai dalam pasukan itu tergugat kerana sikap ‘membabi buta’ lelaki tamak itu.

diary of a prosecutor

diary of a prosecutor

Disebabkan berdegil mahu meneruskan sisatan terhadap beberapa pegawai perundangan yang jahat itu, Sunwoong telah pun dihantar kembali ke tempat asalnya dan sisatan itu dijalankan tanpanya. Maju sedikit ke hadapan, lelaki tersebut yang bercita-cita tinggi itu kini ditahan daripada bekerja kerana dia menggila dan melanggar peraturan yang ada untuk membanteras korupsi orang atasannya. Pun begitu, dia tersenyum gembira apabila dia mendapat arahan untuk ke pejabat pendakwaraya di Cheonan untuk kembali bertugas. Dan ternyata ramai yang sedikit kecewa dengan penamatnya!

Musim kedua?

Oleh kerana terdapat ramai penonton yang mahukan permulaan baru kepada Sunwoong, mereka berharap agar ada musim kedua kepada “Diary Of A Prosecutor” ini. Tapi nampaknya mungkin ada harapan untuk peminat semua kerana pelakon Kim Yonghee yang membawa watak Ketua Pendakwa Nam sepertinya memberikan ‘hint’ apabila naskhah ini tamat.

Drama ini adalah sangat bermakna dan menyeronokka. Sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan rakan pelakon, pengarah, penulis yang baik. Kalau ada musim kedua, saya turut mahu menyertainya.

Lakonan semua pelakon adalah sangat ‘solid’ dan padu! Meskipun plot ceritanya sedikit berat tetapi para penonton sangatlah melekat dengan naskhah ini. Pasti ramai yang akan bersorak sekiranya pihak produksi “Diary Of A Prosecutor” mengumumkan musim keduanya suatu hari nanti!

Sumber: OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...