Kesudahan Dijangka, Episod Akhir ‘The Red Sleeve’ Capai Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

ending the red sleeve

Drama kegemaran ramai sejak kebelakangan ini akhirnya melabuhkan tirai kelmarin.

Sinopsis

“The Red Sleeve” mengisahkan hubungan romantik di antara pengiring istana Sung Deok-im (Lee Se-young) yang mahu melindungi pilihan hidupnya dan maharaja Yi San (Lee Jun-ho) yang meletakkan negara sebelum cinta.

Seperti dijangka

[Amaran SPOILER]

Meskipun ramai yang sudah mengagak kesudahannya memandangkan ia merupakan cerita berdasarkan sejarah sebenar, sakit apabila melihat kesudahan Yi San dan Sung Deok-im. Dipaparkan dengan kebahagiaan pendek pasangan itu selepas menjadi suami isteri, emosi keduanya mula merudum apabila anak pertama mereka mati kerana wabak.

ending the red sleeve

Lebih menyakitkan apabila Sung Deok-im mengucapkan kata-kata cinta dan pesanan buat Yi San sebelum menghembuskan nafas terakhirnya selepas gering dek melahirkan anak kedua mereka. Tiada apa yang dapat diungkap melihat raja itu menangis teresak-esak di samping isteri kesayangan.

ending the red sleeve

Rating tinggi

Ternyata realistik mengikut cerita sebenar, kisah cinta Yi San dan Sung Deok-im mendapat sokongan ramai sejak dari awal tayangannya. Oleh kerana kepopularitian “The Red Sleeve”, tidak hairan ianya sering meraih rating tinggi pada saban episod.

Malah episod terakhirnya mencatatkan rating terbaik sepanjang tayangan iaitu 17.4%. Satu rekod yang baik buat MBC bagi drama yang ditayangkan di salurannya pada 2021.

Macam mana nak ‘move on’ dengan kisah Yi San dan Sung Deok-im agaknya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply