Pejam celik pejam celik, siapa sangka sudah berbelas tahun sejak Park Seo-joon debut sebagai pelakon.
Terbaru, Park Seo-joon telah muncul dalam saluran YouTube Netflix Korea, bagi mempromosikan dramanya “Gyeongseong Creature 2”.
Dalam siaran itu, lelaki tersebut berkongsi bahawa dia mengalami kesukaran ketika awal debutnya dan pernah terfikir untuk menyerah menjadi pelakon. Luahnya,
Saya bukannya mahu bersara tetapi saya rasa saya mengalami keletihan yang ketara. Saya rasa saya ok semasa berada di set tapi selepas dikelilingi orang ramai, saya rasa kekosongan bila balik rumah. Ia mula menjejaskan kesihatan dan keadaan mental saya.
Ketika ditanya bagaimana dia mengatasi perasaaan tersebut, Park Seo-joon menjawab,
Saya tak dapat mengatasinya. Saya boleh bertahan dalam tempoh itu kerana rasa tanggungjawab. Saya bertanggungjawab untuk projek itu jadi, saya teruskan tak kira apa pun. Saya cuba fikir bahawa perkara itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan saya akan baik-baik sahaja suatu hari nanti.
Fighting Park Seo-joon!