Ikuti Kami:

Keserasian Dipuji, Babak ‘Panas’ Song Kang & Kim Yoojung Raih 1 Juta Tontonan Hanya Dalam Sehari

Keserasian Dipuji, Babak ‘Panas’ Song Kang & Kim Yoojung Raih 1 Juta Tontonan Hanya Dalam Sehari

Song Kang dan Kim Yoo-jung tidak dinafikan mempunyai keserasian hebat dalam drama “My Demon”.

Terbaru dalam episod ke-8 “My Demon”, Do-hee (Kim Yoo-jung) dan Gu-won (Song Kang) telah mula jujur tentang perasaan mereka dan akhirnya berciuman, menunjukkan hubungan mereka akan ke peringkat seterusnya dalam episod akan datang.

Pada 16 Disember, SBS telah memuat naik adegan ciuman kedua pelakon itu di laman YouTube dan berjaya meraih 1 juta tontonan, hanya dalam masa sehari.

Dengan ini, ia membuktikan bahawa Song Kang dan Kim Yoo-jung sememangnya mempunyai keserasian yang tiada tandingan.

Sementara itu, “My Demon” ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di Netflix. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...