Dalam episod terbaru ini, kesemua ahli “2 Days 1 Night” telah mengembara untuk musim bunga.
Namun perjalanan kali ini membawa makna yang lebih besar memandangkan ia merupakan pengembaraan terakhir Bang Geul-yi PD (Smiley).
Sudah mengelola program itu sejak permulaan musim ke-4, wanita itu membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana masalah kesihatannya.
Lebih bermakna apabila pengarah itu memberikan hadiah trak snek dan surat buat kesemua ahli. Ternyata Ravi merupakan yang pertama menitiskan air mata,
Ah, saya tak boleh teruskan penggambaran.
Malah ahli yang lain juga turut tidak dapat menahan air mata mereka. Sudahnya, tempat penggambaran itu dipenuhi dengan lautan tangisan.
Yeon Jung-hoon yang kelihatan tenang turut menangis pada akhirnya sekaligus membuatkan momen itu menjadi hiba. Walau bagaimanapun, Kim Jong-min cuba menceriakan suasana dengan menjerit, ‘Saya nak jus lemon’.
Kembali ke dorm, kesemua lelaki tersebut kembali menangis. Kata mereka,
Tiada sekumpulan 6 lelaki yang menangis dengan baik selain kita. Kalau petang pun dah macam ini, mesti malam lagi teruk.
Sedihnya Bang Geul-yi dah tak ada nanti..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.