Ikuti Kami:

Kesan Psikopat Dari Ujian DNA Dalam Rahim Ibu Lagi, tvN Kongsi Barisan Utama Drama Misteri ‘Mouse’

Kesan Psikopat Dari Ujian DNA Dalam Rahim Ibu Lagi, tvN Kongsi Barisan Utama Drama Misteri ‘Mouse’

Selepas sekian lama khabar angin berterbangan, akhirnya drama tvN terbaru bertajuk “Mouse” sudah mengesahkan barisan pelakon utamanya.

Kalau anda nak tahu, “Mouse” ialah drama misteri yang berlatarbelakangkan dunia di mana manusia bolah mengenalpasti psikopat menerusi ujian DNA ketika dalam rahim ibu lagi.

Lee Seung-gi disahkan bakal membawa watak Jung Ba-reum, seorang detektif amatur yang sangat ghairah terhadap tugasnya dan juga terlalu baik. Walaubagaimanapun, hidupnya menjadi tunggang terbalik selepas menyertai misi mengejar pembunuh berisiri yang ditakuti oleh seluruh penduduk negara.

Dalam drama pertamanya selepas 6 tahun, Lee Hee-joon akan berlakon Go Moo-chi iaitu seorang detektif tegas yang ibu bapanya dibunuh dengan dengan kejam ketika dia masih kecil lagi. Nekad untuk membalas dendam, Go Moo-chi langsung tidak pedulikan undang-undang dan peraturan malah dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memberkas penjenayah.

tvn mouse

Dari kiri atas: Lee Seung-gi, Lee Hee-joon; Dari kiri bawah: Park Ju-hyun, Kyung Soo-jin

Park Ju-hyun pula akan melakonkan watak Oh Bong-yi, seorang pelajar sekolah menengah yang kasar dan tinggal bersama neneknya. Mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri yang hebat, dia sering bercakar dengan Jung Ba-reum apabila berjumpa dengan satu sama lain.

Kyung Soo-jin akan muncul dalam drama ini sebagai Choi Hong-joo, seorang pengarah produksi yang berbakat dan dikenali sebagai ‘Sherlock Hong-joo’. Dalam diam , dia menyimpan rahsia besar mengenai kisah seorang pembunuh yang berbelit dengannya sejak kecil lagi.

Ahn Jae-wook menggalas tanggungjawab sebagai pakar pembedahan neuro bernama Han Seo-joon manakala Kim Jung-nan pula bakal berlakon sebagai isterinya, Sung Ji-eun.

Bukan itu sahaja, P.O daripada kumpulan Block B turut akan berlakon dalam drama ini sebagai detektif baru yang bekerja di bawah pengawasan Go Moo-chi.

tvn mouse

Dari kiri: Ahn Jae-wook, Kim Jung-nan, P.O (Block B)

Rata-rata penonton sudah pun teruja menantikan tayangan drama ini kerana dikatakan ia adalah antara naskhah yang paling dinantikan untuk tahun 2021.

Anda pun mesti dah tak sabar kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...