Ikuti Kami:

Kesalahan Sari Kata, Satu Adegan Dalam ‘The 8 Show’ Ini Hangat Jadi Perdebatan

Kesalahan Sari Kata, Satu Adegan Dalam ‘The 8 Show’ Ini Hangat Jadi Perdebatan

Mempunyai konsep yang sama seperti “Squid Game”, drama “The 8 Show” yang ditayangkan di Netflix turut mendapat perhatian.

Namun baru-baru ini, drama itu telah terpalit kontroversi akibat terdapat kesalahan dalam sari kata, yang menulis Laut Timur sebagai Laut Jepun.

Khususnya dalam satu babak di mana watak Ryu Jun-yeol menyanyikan lagu kebangsaan Korea, perkataan ‘Laut Timur’ telah diterjemahkan menjadi ‘Laut Jepun’ dalam bahasa Sepanyol,

Selagi ombak Laut Timur tidak kering dan Gunung Baekdu tidak timbus..

Bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan penonton, ramai netizen terutamanya rakyat Korea telah menggesa agar Netflix memperbetulkan kesalahan ini.

netflix the 8 show

Tidak lama kemudian, pihat Netflix akhirnya memberi respon,

Kami telah mengenal pasti dan sedang dalam proses membetulkan kesalahan ‘Laut Timur’ sebagai ‘Laut Jepun’ dalam beberapa sari kata ‘The 8 Show’. Ketika menyediakan sari kata dalam pelbagai bahasa, kami tidak menyemak kandungan dengan secukupnya. Kami hargai minat dan maklum balas anda yang berterusan.

Sementara itu, drama ini mengisahkan tentang 8 orang individu mengambil bahagian dalam satu permainan survival tanpa mengetahui siapa yang menganjurkannya. Persamaan diantara peserta-peserta tersebut ialah kesemua mereka sudah berputus asa dengan kehidupan masing-masing.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...