Apabila seseorang selebriti melakukan kesalahan besar, memang berat hukuman yang dikenakan kepada mereka. Bahkan ia mampu merosakkan karier yang dibina selama ini dalam sekelip mata sahaja.
Sebelum ini, pelakon Kang Ji-hwan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun 6 bulan dengan tempoh percubaan selama 3 tahun. Ini adalah kerana pertuduhan serangan seksual yang dilakukan ke atas dua orang wanita ‘A’ dan ‘B’ pada Julai 2019. Selepas mahkamah menjatuhkan hukuman, pihak Kang Ji-hwan telah membuat rayuan dan permohonan tersebut kini sedang diteliti oleh Mahkamah Tinggi.
Disebabkan itu, pelakon lelaki yang popular dengan drama seperti “Lie To Me”, “Incarnation Of Money”, “Monster” dan banyak lagi telah pun dilarang daripada muncul dalam mana-mana rancangan di bawah stesen penyiaran KBS.
Bukan sahaja Kang Ji-hwan, malah terdapat beberapa selebriti lain yang turut menerima hukuman yang sama. Antara mereka ialah pelakon Jang Suk-won (kesalahan penggunaan dadah), Kang Sung-uk (serangan seksual), Han Ji-sun (kes serangan), Kim Byung-ok (memandu di bawah pengaruh alkohol) dan Robert Holley (kesalahan penggunaan dadah).

Dari kiri: Kim Byung-ok, Han Ji-sun, Jung Seok-won
Bukan sahaja tidak boleh muncul di KBS selepas ini, malah bahagian mereka yang pernah muncul dalam program lalu juga turut akan disunting, sama ada dipotong terus atau pun dikaburkan.
Dahsyat betul KBS dalam menjatuhkan hukuman, mungkin sebab mereka adalah stesen penyiaran rasmi negara Korea.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.