Ikuti Kami:

Kes Pandu Dalam Keadaan Mabuk, Lesen Memandu Kim Saeron Bakal Digantung?

Kes Pandu Dalam Keadaan Mabuk, Lesen Memandu Kim Saeron Bakal Digantung?

Selepas seminggu kes Kim Sae-ron memandu dalam keadaan mabuk, terdapat kemas kini terbaru mengenainya.

Menurut laporan media, Balai Polis Gangnam mengumumkan bahawa parasa alkohol dalam darah Kim Sae-ron meninjukkan bahawa ianya melebihi tahap dibenarkan iaitu 0.08% sekaligus lesen memandu pelakon itu boleh ditarik.

Kim Sae-ron sebelum ini dikenakan tindakan undang-undang oleh Balai Polis Gangnam di Seoul atas tuduhan melanggar Akta Trafik Jalan Raya pada 18 Mei, semalam. Menurut polis, panggilan kecemasan diterima mengatakan kenderaan yang dipandu di Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul mengalami kemalangan.

kim saeron

Polis tiba di tempat kejadian dan menyiasat pemandu yang merupakan Kim Sae-ron. Hasil siasatan di lokasi, kenderaan yang dipandu oleh Kim Sae-ron terhuyung-hayang beberapa kali dan telah melanggar pagar penghadang dan pokok jalanan. Setelah siasatan dilakukan, Kim Sae-ron disahkan memandu di bawah pengaruh alkohol dan turut memandu secara berbahaya.

Jawab agensinya mengenai laporan ini,

Kami tidak ada menerima sebarang maklumat daripada pihak polis. Apabila keputusan ujian diterima, kami akan menerimanya dengan terbuka.

Hmmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...