Baru-baru ini, perhatian telah tertumpu pada dakwaan jenayah seksual besar-besaran yang berlaku di Korea.
Jenayah ini yang secara kolektif dikenali sebagai “New Nth Room” melibatkan pelbagai ruang sembang berasaskan Telegram dengan dua tujuan yang berbeza di mana satu untuk menghina wanita termasuk ahli keluarga manakala lagi satu adalah untuk menyunting gambar palsu rakan sekelas yang berunsur seksual.
Beberapa ciapan di X telah menyebarkan kesedaran mengenai laman web teknologi deep fake ini yang dicipta untuk idola K-Pop wanita. Satu laman web khususnya menampilkan nama lebih daripada 200 idola wanita dari hampir setiap generasi K-Pop.
Regardless of which group we stan we should all stand together against this. Today it is them, tomorrow it’ll be someone else. 4/7 babymonster is minor, enough to explain the intensity of the situation.
Let’s keep the fanwars side for the time being and protect our female idols!! pic.twitter.com/NafBODGG5I— hustleeee_ ᱬ (@hustle_eee) August 29, 2024
Deep fake tersebut bersifat pornografi, menampilkan wajah idola yang diletakkan di atas kandungan seksual sedia ada atau gambar sebenar mereka yang disunting untuk kelihatan bogel. Laman web itu sentiasa dikemas kini dengan pelbagai imej baru.
Malah ada lagi laman web yang turut melakukan hal yang sama lantas menerima kritikan hebat dari netizen. Mereka meminta agar kerajaan Korea dan pihak berkuasa mengambil tindakan berat atas jenayah yang memalukan ini.
Jahat lah dorang ni..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.