Macam-macam yang Yoo Ah-in harus lalui..
Terbaru menurut sumber dari industri, ayah Yoo Ah-in iaitu Uhm Young-in telah meninggal dunia pada 7 Ogos selepas bertarung dengan penyakit kronik. Tambahan, ayahnya meninggal dunia pada usia 67 tahun.
Selain itu, pelakon lelaki tersebut yang masih berdepan dengan perbicaraan tentang isu dadah dikatakan setia tinggal di tugu peringatan ayahnya dengan kesedihan yang mendalam.
Sementara itu, upacara pengebumian akan diadakan di Dewan Pengebumian Pusat Perubatan Universiti Katolik DCMC Daegu pada 9 Ogos ini.
Semoga semuanya dipermudahkan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.