Ikuti Kami:

Keranda Dalam Muzik Video ‘Seven’ Dilapor Habis Terjual Dek Penangan Jungkook BTS

Keranda Dalam Muzik Video ‘Seven’ Dilapor Habis Terjual Dek Penangan Jungkook BTS

Kalau dah BTS, pastinya semua yang dilakukan mereka akan menjadi perhatian ramai.

Baru sahaja meriliskan lagu solo, Jung-kook mendapat perhatian ramai dek irama ‘Seven’ yang sedap didengari selain muzik video menarik bersama pelakon Han So-hee.

Bukan hanya kerana lagu itu, khabarnya pengaruh Jung-kook sangat meluas hinggakan ada barangan yang digunakan dalam muzik video itu turut terjual seperti pisang panas sejak ia disiarkan. Tapi ‘prop’ ini agak kontroversi, nak tahu apa tak?

Dalam muzik video itu, Jung-kook yang sangat mencintai kekasihnya meluahkan perasaan ingin kembali bersama selepas mereka bergaduh besar. Untuk satu babak itu, idola lelaki tersebut kononnya mengatakan dia sudah tiada kerana mahukan kekasih itu hadir ke pengebumian berkenaan. Tapi ternyata itu hanyalah pembohongan apabila dia membuka keranda dan meluahkan cinta yang tak terkira selama 7 hari lamanya.

jungkook seven

Siapa sangka babak melibatkan keranda itu membuatkan item pengebumian berkenaan terjual hangat dalam pasaran. Laporan The Economic Times mendedahkan kedai menjual keranda mengalami kekurangan stok kini dan ianya dilapor sendiri mengenai situasi tersebut.

Khabarnya, satu keranda dijual dengan harga 5 juta won (RM17,538) dan disebabkan harga itu, ramai yang mempersoalkan sama ada peminat yang masih muda mampu menanggung pembelian melulu berkenaan.

Di Korea, netizen menjelaskan mungkin akan ada yang menggunakan keranda berkenaan secara berhemah seperti stor penyimpanan. Tapi ramai yang kagum melihat pengaruh Jung-kook hingga item ‘se-aneh’ itu turut menjadi rebutan semua.

Dahsyat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...